𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐈𝐆𝐑𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑

KUALA LUMPUR, Telah berlangsungnya Hari Bertemu Pelanggan & Kempen Kibaran Jalur Gemilang di Ruang Legar, Aras G Kompleks KDN Jalan Duta. Tepat jam 9.00 pagi acara dimulakan dengan ketibaan YBrs. Tuan Syamsul Badrin Bin Mohshin Pengarah Imigresen Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Tuan Muhamedd Yusoff Khan @ Mohd Ali Bin Mohd Hassan Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan).
Acara diteruskan dengan nyanyian lagu NEGARAKU dan lafaz ikrar Rukun Negara dengan bacaan penuh mukadimah, diikuti lima prinsip berkenaan. Sebagai lambang negara yang penuh dengan berbilang kaum dan harmoni, juga diserikan dengan pemakaian busana etnik tradisional oleh pegawai-pegawai, juga mengiringgi Tuan Pengarah dan Ketua-ketua Bahagian untuk melekatkan Jalur Gemilang pada 6 buah kenderaan Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai simbolik sambutan Bulan Kebangsaan.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Hari Bertemu Pelanggan 2023. Kami berharap semangat ini dapat diteruskan untuk masa yang akan datang dalam mengukuhkan ukhwah dan meningkatkan perkhidmatan yang lebih efisien kepada orang awam.
SUMBER :  JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA WP KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/JabatanImigresenWpKualaLumpur

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut