TEAM CATUR DBKL DI KEJOHANAN CHESS OPEN INTERGENERATION TOURNAMENT

Kelab Catur DBKL telah menyertai Kejohanan CHESS OPEN INTERGENERATION TOURNAMENT anjuran Pusat Aktiviti Warga Emas Pantai Dalam (PAWE) dengan kerjasama DBKL, bertempat di Dewan IWK @ Pantai Dalam Kuala Lumpur. Kejohanan ini dirasmikan oleh YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai.
  
Disertai 350 peserta yang mewakili lebih 70 pasukan dari agensi kerajaan, swasta, Institut Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan ini turut menarik minat peserta dari luar negara seperti Indonesia, Rusia, Thailand dan Singapura yang berlangsung selama dua hari dari 19 hingga 20 Ogos 2023.
Dalam Kejohanan ini Kelab Catur DBKL telah menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan.
Menurut pengurus pasukan, kejohanan ini adalah satu platform pendedahan sebelum menyertai kejohanan yang lebih besar iaitu Kejohanan SUKANUN di peringkat Malaysia yang dijangkakan akan berlangsung pada awal bulan September ini.
Pasukan catur lelaki DBKL telah berjaya mendapat anugerah “Best Govt” dan mendapat tempat ke-12 secara keseluruhan. Tahniah diucapkan 🤗.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut