𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗝𝗦𝗝 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗝𝗦𝗝 𝗜𝗣𝗞 𝗞𝗟 𝗞𝗘 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗘𝗦𝗘𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗕𝗞𝗟

𝑷𝒐𝒍𝒊𝒔𝑲𝑳, 23 Ogos 2023 – YDH SAC Habibi bin Hj. Majinji, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur telah membuat lawatan kerja ke Bahagian Perlesenan DBKL, bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 29, Menara 1, DBKL.
  Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi mengeratkan silaturrahim antara Polis Kuala Lumpur dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta perbincangan kedua-dua belah pihak.
Turut hadir bersama YDH ACP Nasri bin Mansor, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur (Risikan / Operasi); YDH DSP Mohd Shahril bin Abu Bakar, PT D7 Polis Kuala Lumpur; YDH DSP Nuzulan bin Mohd Din, KBSJD Dang Wangi Polis Kuala Lumpur; YDH ASP Kumaresan Naidu A/L Vengho, Wakil PT D5 Polis Kuala Lumpur; YDH ASP Saifulazhar bin Abd Khodir, ASP Pencegahan Maksiat D7 Polis Kuala Lumpur dan Pegawai-pegawai Kanan Polis Kuala Lumpur.
Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh YBhg. En. Naquib bin Hamdan, Timbalan Pengarah Kanan 1 Bahagian Pembangunan & Kawalan Perlesenan DBKL; YBhg. En. Yusman bin Haiti, Ketua Penolong Pengarah 1 Unit Perlesenan Premis Hiburan, Iklan, & Teknologi Maklumat DBKL, YBhg. En. Mohd Irfan bin Kamaruddin, Penolong Pengarah N41 DBKL, YBhg. En. Muhammad Asyraf bin Abdul Hamid, Penolong Pegawai Tadbir DBKL dan Pegawai Bahagian Perlesenan DBKL.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut