𝑷𝒐𝒍𝒊𝒔𝑲𝑳, 17 Ogos 2023 – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Habibi bin Hj. Majinji, hadir Majlis Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur Siri 1/2023 bertempat di Balai Polis Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.
Dalam majlis ini, sebanyak 52,926 barang Kes telah dilupuskan melibatkan kes dari tahun 2014 hingga 2022 dan melibatkan (534) kertas siasatan. Antara barang kes yang dilupuskan adalah kes-kes kontraban seperti rokok, minuman keras, barang kes mesin bitcoin, mesin perjudian, komputer, laptop dan barangan am yang lain.



Turut hadir bersama YDH ACP Mohd Fauzi bin Hassan, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Polis Kuala Lumpur, Yang Arif Dato’ Nu’aman bin Mahmud Zahudi, Hakim Mahkamah Seksyen Khas Koroner, Kuala Lumpur, Yang Arif Tuan Mohd Sabri bin Othman, Wakil Pengarah Pendakwaan Negeri, YBhg. Puan Nabila Silam binti Abu Muslim dan Encik Safwan bin Saufi, Wakil Pengarah Tenaga Nasional Berhad, YBhg. Puan Norliza binti Yen, Wakil Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur, YBhg. Tuan Irawan bin Khlir,Penolong Kanan SPRM Negeri , Pegawai-pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Ketua-ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai-pegawai Awam.