PELBAGAI PLATFORM MEDIA DIGUNAKAN PROMOSI TMM2024

ASAHAN – Kerajaan Negeri akan menggunakan pelbagai platform media termasuk aplikasi digital dan media sosial bagi mempromosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Sains, Teknologi, Inovasi, dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan berkata platform yang digunakan adalah menerusi media massa, laman sosial rasmi, pempengaruh media sosial, papan iklan dan papan iklan lampu solar diod pemancar cahaya (LED).

Katanya, kesemua jabatan yang berkaitan akan membantu mempromosi TMM2024.

“Kita akan gunakan medium-medium yang kita ada untuk menyebarkan maklumat ini sebaik mungkin.

“Di Melaka sendiri kita ada Jabatan Penerangan (JaPen), Melaka Hari Ini (MHI), laman-laman rasmi di semua platform media sosial.

“Manakala di peringkat lebih luas, Kerajaan Negeri telah jalin kerjasama dengan Media Prima (Berhad) sebagai media rasmi TMM2024,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada MHI selepas merasmikan Sambutan Bulan Kebangsaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan di sini.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata beliau turut meminta kerjasama daripada semua pengamal media di negeri terbabit dalam membantu untuk mempromosi TMM2024.

“Baru-baru ini kita buat makan malam media yang kita fokus kepada wartawan sahaja dan pada ucapan Ketua Menteri ada meminta semua wartawan untuk bekerjasama mempromosi TMM2024.

“Kita juga akan meletakkan segala maklumat di merata-rata tempat menggunakan papan iklan dan papan iklan LED yang mana kita sedang memilih syarikat-syarikat yang layak di dalam dan luar Melaka.

“Saya pasti rakyat Melaka tidak terkeluar daripada tanggungjawab ini, dan di bawah unit jawatankuasa,  saya selaku pengerusi iaitu dalam mempromosi dan publisiti, kita juga sedang mencari ‘proposal’ untuk ‘billboard’ LED untuk kita sama-sama memilih syarikat mana yg layak,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut