TUMPAT 19 Ogos : KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan di sempadan negara sekitar Tumpat, Kelantan disini hari ini.
Lokasi kejadian di kawasan Perumahan Taman Sri Tanjung, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan pada jam 4.30 pagi tadi telah menyita anggaran 262 liter minyak petrol bersama sebuah kenderaan tempatan.
Terdahulu saspek diperhatikan pasukan sedang membuat pembelian pengisian bahan bakar Petroleum di stesen-stesen minyak sekitar Tumpat, Kelantan dan kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.