Tawau, Sabah : 9 Julai 2023 Bertemakan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah melalui Pejabat Wilayah Tawau telah menganjurkan satu program kesedaran strategik Pengurusan Keselamatan Berteraskan Komuniti.
Program di Kg Hidayat ini melibatkan perkongsian kesedaran oleh agensi keselamatan seperti AADK, PDRM, Esscom dan Pejabatan Kesihatan Daerah.
Antara isu yang diketengahkan adalah kesedaran jenayah siber, ancaman dadah, jenayah rentas sempadan, bahaya penyakit batuk kokol dan kemahiran memadam kebakaran di kampung atas air.
Selain itu, penduduk juga menerima manfaat melalui penyampaian bantuan kipas angin dan sumbangan bakul makanan.
MKN Sabah mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#SabahMajuJaya