KKM LAKSANA PEMINDAHAN TISU PERTAMA DI HOSPITAL JEMPOL

Hospital Jempol di sini telah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melaksanakan proses pendermaan tisu pertama yang membabitkan sepasang kornea mata pada 17 Julai lepas.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, penderma tisu berkenaan ialah mendiang N Mathialagan, 61, yang telah diberikan kebenaran oleh waris dan ahli keluarganya untuk mendermakan kornea mata. Kedua-dua kornea mata yang diperoleh telah dihantar ke Bank Tisu Kornea di Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk dipindahkan kepada pesakit lain.

Kementerian Kesihatan Malaysia merakamkan ucapan takziah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga penderma atas kesediaan memberikan kebenaran untuk menjalankan pendermaan tisu berkenaan, yang kemudian akan memberi sinar harapan kepada penerima yang memerlukan. Menurutnya lagi, ย ini merupakan pendermaan organ atau tisu kadaverik yang kelima untuk hospital di bawah Kluster Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah sejak 2008.

Dr Muhammad Radzi juga berharap pengorbanan murni seumpama itu dapat dicontohi dan diikuti lebih ramai rakyat Malaysia dalam usaha membantu serta menyelamatkan nyawa terutama pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir.Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pendermaan organ, orang ramai boleh melayari laman sesawang Pusat Sumber Transplan Nasional diย www.dermaorgan.gov.my.

 

Sumber:ย Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut