AKSB BINA TELAGA KOMUNITI UNTUK MANFAAT 1000 PENGGUNA

 

RANTAU PANJANG – Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui kerja awalan pembinaan projek telaga komuniti untuk dimanfaatkan 1000 penduduk di Kampung Gual Kulim.
Pengurus Besar AKSB Dr Nazmi Ghazali Azmi memaklumkan projek bernilai RM200 ribu tersebut dilaksanakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care dengan sokongan kewangan oleh PMBK.
Katanya, CSR AKSB pula disumbangkan dalam bentuk khidmat tenaga kerja profesional untuk mengawal selia kerja pembinaan mengikut spesifikasi yang diperakui.
Kerja-kerja awalan pembinaan telaga, tangki, sistem klorin dan perpaipan bagi projek telaga komuniti telah dijalankan untuk dimanfaatkan oleh 1,000 buah rumah apabila dapat kelulusan SPAN.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut