Gotong royong kali ini di buat di Taman Perumahan Sejahtera Telemong pada 22 Julai 2023 (Sabtu). Sebelum memulakan program Pemangku Pegawai RELA Daerah Hulu Terengganu PgR Puan Noraliza binti Mat telah memberi taklimat kepada anggota. Turut bersama dalam program ini Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu,Puan Laila yang turut bersama-sama dan Puan Laila menyampaikan bakul makanan kepada anggota yang hadir. Selesai Gotong royong program di teruskan dengan membuat lawatan ke Rumah Veteran RELA dan Puan Laila turut menyampaikan bakul makanan kepada Anggota Veteran tersebut.Terima kasih di ucapkan kepada Puan Laila.
Terima kasih juga diucapkan kepada KPRK Mukim Kuala Telemong Encik Mazlan bin Jehari kerana telah mengurus program pada hari ini tidak lupa ucapan terima kasih kepada semua anggota RELA yang hadir pada hari ini. jangan lupa kita jumpa di program akan datang.





