OPS TIRIS

SEREMBAN | 18 JULAI 2023 – Anggota penguat kuasa KPDN Negeri Sembilan telah menjalankan satu operasi Ops Tiris bersama dengan agensi yang terdiri daripada pihak PDRM, PTG Seremban, PTG Jelebu, Pejabat Daerah Jelebu, JUPEM dan JPS di kawasan Ladang Getah, Jelebu.

Hasil pemeriksaan di premis yang dilawati mendapati terdapat barang kawalan iaitu disyaki minyak diesel didalam IBC tank anggaran 5,000 liter (anggaran) untuk kegunaan mesin bagi aktiviti perlombongan.

Pemeriksaan mendapati barang kawalan tersebut telah dimasukan di dalam barang sitaan oleh R/O pejabat PTG kerana kawasan tersebut telah di sita oleh pihak PTG Jelebu pada Jun 2023.

Manakala, untuk pemeriksaan terhadap lokasi kedua yang dipercayai merupakan stor penyimpanan barang-barang keperluan aktiviti perlombongan di lokasi pertama. Pemeriksaan mendapati terdapat 5,000 liter (anggaran) barang kawalan disyaki minyak diesel di kawasan tersebut. Pemeriksaan mendapati barang kawalan tersebut juga telah dimasukan di dalam barang sitaan oleh R/O pejabat PTG kerana kawasan tersebut telah di sita oleh pihak PTG Jelebu pada Jun 2023. Lokasi kedua boleh diakses dengan kenderaan berat untuk tujuan pengangkutan barangan.Tiada tindakan kes yang dihasilkan di bawah Penguatkuasaan KPDN Negeri Sembilan.

Sumber: KPDN Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut