BUBU NAGA PUNCA REZEKI NELAYAN TRADISIONAL TERSEKAT

PORT DICKSON,18 JULAI 2023: Bertindak atas aduan daripada orang awam, Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan DOF NS telah mengesan 13 set bubu naga yang dijumpai di Pangkalan Nelayan Chuah Bakar Arang.

Penggunaan bubu naga (juga dikenali sebagai bubu kambam) merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

DOF NS ingin memberi amaran keras kepada sesiapa yang menggunakan bubu yang melebihi dua (2) injap ini segera diberhentikan kerana ia bukan sahaja memusnahkan semua benih ikan dan udang, malah turut menjejaskan pendapatan nelayan tradisional yang mencari rezeki dengan menggunakan peralatan pukat hanyut.

Sumber: FB Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut