PROGRAM SEJAHTERA MALAYSIA MADANI : KOMUNITI PRIHATIN DI BUTTERWORTH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3 : KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

Pada 15 Julai 2023 telah berlangsung dengan jayanya Program Sejahtera Malaysia MADANI : Komuniti Prihatin bertempat di Dewan Alor Merah, Sungai Dua, Butterworth bermula 7.40 pagi hingga 2.00 petang. Program yang melibatkan kolaborasi MKN Negeri Pulau Pinang bersama rakan strategik iaitu KEMAS, PDRM, Perpustakaan Desa, PERDA, Pejabat Kesihatan dan NGO Kebajikan Wanita Islam.

 

Program yang mengetengahkan elemen Komuniti Prihatin dan Selamat (Community Based Security Management, CBSM) ini turut melibatkan peranan lapisan masyarakat termasuk para remaja pelapis kepimpinan negara masa hadapan. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan seperti senam tari, demo masakan sandwich Korea (wanpaku), ceramah jenayah Komersil dan jenayah seksual oleh pegawai PDRM, pemeriksaan kesihatan, penukaran minyak 4T untuk motosikal, pertandingan mewarna, sumbangan kepada balu-balu anggota polis dan cabutan bertuah.

Program ini menerima sambutan luar jangkaan iaitu kira-kira 300 orang hadir. Keseluruhannya ia berjaya mengeratkan silaturrahim antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat di sekitar Alor Merah, Sg Lokan, Pekan Darat, Makloom dan Telok Air Tawar.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut