TUMPAT 17 Julai : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan pada semalam telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Tumpat, Kelantan dan sempadan negara.
Tindakan pada jam 1.00 petang semalam pasukan telah mengesan sebuah kenderaan Proton Iswara Aeroback berpendaftaran tempatan disyaki membawa minyak diesel didalam tangki ubahsuai.
Terdahulu saspek dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar dijalan raya sekitar Tumpat, Kelantan seterusnya pasukan mengekorinya dan saspek menyedari diekori dalam keadaan cemas memecut kenderaan terus melarikan diri.
Pemeriksaan lanjut keatas kenderaan yang ditinggalkan di Jalan Bendang Kok Pasir, Kg. Kok Pasir, Tumpat, Kelantan menemui anggaran barang kawalan 50 liter didalam tangki tambahan ubahsuai dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 102.50, manakala kenderaan anggaran sebanyak RM 7,000.00.