KOTA BHARU 17 Julai : Seksyen Pendayaupayaan Pengguna KPDN Kelantan telah mengadakan Ceramah Kesedaran Pengguna bersama Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu di Dewan Asrama IPG, Kota Bharu Kelantan disini hari ini.
Objektif memberikan pendedahan berkaitan Kesedaran Pengguna, Menyebarluaskan Hak-Hak Pengguna dan Saluran Tribunal Tuntutan Pengguna serta bidang tugas KPDN Kelantan.
YBrs. En. Syukri bin Yaacob, Ketua Seksyen Tribunal Tuntutan Pengguna KPDN Kelantan telah menyampaikan advokasi berkaitan Pengenalan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna kepada penuntut institut pendidikan ini.
Program telah sempurna dirasmikan oleh YBrs. Dr. Mohd Rozi bin Ismail, Timbalan Pengarah IPGKKB, turut hadir bersama pegawai-pegawai KPDN Kelantan.