GAGAL MEMATUHI ARAHAN PENGAWAL BEKALAN, PEMILIK STESEN MINYAK DIAMBIL TINDAKAN OLEH KPDN KELANTAN

 

KOTA BHARU 17 Julai : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Ops Bersepadu membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara pada semalam.
Pengauditan telah dilakukan keatas stesen minyak yang beroperasi di lokasi pinggir bandar sekitar Tumpat, Kelantan rentetan kes yang telah dilakukan dan telah menghasilkan tindakan kes berasingan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Hasil pemeriksaan mendapati pemilik stesen disyaki melanggar arahan pengawal bekalan dengan membenarkan mana-mana individu membuat pengisian kedalam tong dan bukan didalam tangki asal kenderaan tanpa kebenaran yang sah dari pengawal bekalan serta penjualan secara berulang kali.
Kes dihasilkan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 12 PPKB 1974, peniaga telah gagal untuk mematuhi arahan pengawal bekalan.
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM 2 juta bagi perbadanan.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut