TMJ ADAKAN PERTEMUAN DENGAN TPM SINGAPURA

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meneruskan lawatan rasmi ke Singapura dengan mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong di The Treasury.
Singapura adalah rakan kongsi ekonomi strategik kepada Johor dan mempunyai potensi untuk lebih banyak pertumbuhan masa depan. Perbincangan ditumpukan kepada cadangan zon ekonomi khas (SEZ) Johor-Singapura untuk ditubuhkan di Johor dan untuk menambah baik lagi hubungan perdagangan dan pelaburan antara Singapura dan Johor.
Hadir sama YB Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (BPEN) dan YB Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan, Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Johor.
Turut hadir Catherine Wong, Ketua Pengarah, Direktorat Asia Tenggara I, Kementerian Luar Negeri Singapura, Joshua Lo, Ketua Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri, Jeevan Singh, Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru dan Ng Kuan Khai, Timbalan Pengarah, Direktorat Asia Tenggara I, Kementerian Luar Negeri Singapura.
May be an image of 2 people, newsroom, dais and text
May be an image of 1 person, beard, television, wrist watch, suit, newsroom and text
May be an image of 2 people, suit, dais, newsroom and text

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut