PRN: 4,400 POLIS NEGERI SEMBILAN JAGA KESELAMATAN

SEREMBAN – Seramai 4,400 pegawai dan anggota polis Negeri Sembilan akan ditugaskan menjaga keselamatan sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, kesemua mereka sudah bersiap sedia dari aspek fizikal dan mental bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

Pihaknya juga menerima bantuan sumber manusia dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman iaitu seramai 1,000 orang bagi melancarkan penugasan pada PRN.Enam lokasi di negeri ini dikenal pasti sebagai kawasan panas (hotspot) sepanjang PRN ini.

Menurutnya, semua pihak yang berhasrat menganjurkan program politik supaya menghormati Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dengan mematuhi peraturan ditetapkan memandangkan sekarang belum lagi tempoh berkempen, tapi sudah banyak program politik dianjurkan dan pihaknya juga meminta semua parti politik memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib sebelum menganjurkan program.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut