10 Julai 2023,
AADK Daerah Pasir Puteh telah menganjurkan Program Kerohanian bertempat di Masjid Angkat iaitu Masjid Padang Pak Amat Pasir Puteh.
Program ini telah dihadiri seramai 120 orang klien.
Antara pengisian program ialah ceramah kerohanian.
Penutupan program telah dihadiri oleh Penolong pengarah Rawatan Perubatan dan Pemulihan Puan Norzira binti Mohamed.
Program berjalan dengan lancar dan berakhir jam 1.00 petang.