KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI THAILAND-MALAYSIA BORDER COORDINATION OFFICE (TMBCO) KE MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI PERAK

IPOH, 27 Jun 2023- Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Thailand-Malaysia Border Coordination Office (TMBCO) pada 27 Jun 2023 (Selasa).

Delegasi yang diketuai oleh Senior Col. Okan Punyasaran iaitu Timbalan Pengarah TMBCO telah disambut oleh Pengarah Keselamatan Negeri Perak, Tuan Haji Khairul Ridzuan bin Haji Mat Said.

Pertemuan berlangsung selama satu jam itu memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua negara untuk membincangkan isu-isu atau permasalahan berkaitan aspek-aspek keselamatan terutamanya yang melibatkan kegiatan jenayah rentas sempadan diantara kedua-dua negara.

Sejajar dengan kunjungan hormat ini, hubungan diplomasi antara kedua-dua negara dapat diperkukuhkan dan kerjasama yang erat mampu dijalinkan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kedua-dua negara terjamin. KLIK SINI

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut