DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)
Barat Daya, 28 Jun 2023 – Tangkapan (1) perempuan berusia 32 tahun oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ dalam urusan pembelian sebuah motosikal melalui Facebook.
Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 42 tahun seorang pekerja kilang telah membuat pemindahan wang sebanyak RM2,700 tetapi tidak menerima motosikal yang dibeli.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan.
Pihak polis menasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan JUAL BELI DI LAMAN SOSIAL/PINJAMAN TIDAK WUJUD/PELABURAN TIDAK WUJUD/ TAWARAN PEKERJAAN LUAR NEGARA atau SAMBILAN/ MACAU SCAM/LOVE SCAM/ PARCEL SCAM melalui sosial media.
Pihak polis juga menyarankan supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL PDRM, melalui link https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau juga boleh memuat turun di APLIKASI GOOGLE PLAY STORE SEMAK MULE CCID sebelum membuat sebarang transaksi.
Salurkan maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian, 04-8664122, 0192238169 ( whatsapp) atau facebook (page) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui messenger.
Sumber: