IPD BARAT DAYA: PEMANTAUAN KEDAI 24 JAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Barat Daya, 28 Jun 2023 – Polis Barat Daya membuat Pemantauan Pencegahan Jenayah di kedai-kedai serbaneka (24 jam) sekitar kawasan pentadbiran Balai Polis Queensbay, Balai Polis Bayan Baru dan Balai Polis Teluk Kumbar. Hasil pemantauan mendapati tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku dan dalam keadaan baik.
Polis Barat Daya membuat pemantauan secara berkala supaya dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pihak polis dalam menangani kes-kes jenayah terutamanya kes samun di kedai serbaneka (24 jam). Selain itu juga, pekerja kedai dapat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan sekitar supaya pihak polis boleh mengambil tindakan dengan kadar segera.
Sumber:

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut