PBSL IHSAN MADANI : 18 BANDUAN RAI AIDILADHA BERSAMA KELUARGA

Kota Kinabalu: Jabatan Penjara Sabah dan Labuan melalui Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani membebaskan seramai 18 Orang Bebas Berlesen (OBB) sempena Hari Raya Aidiladha, tahun ini.Timbalan Pengarah Penjara Sabah dan Labuan, Abdul Rauf Lang Pasih berkata, seramai 17 OBB adalah daripada Penjara Pusat Kota Kinabalu manakala seorang lagi OBB adalah penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu.

“Ini adalah pembebasan kali ketiga selepas program sempena Hari Raya Aidilfitri dan Perayaan Hari Kaamatan bulan lalu.

“Program kali ini agak berbeza dengan program yang diadakan sepanjang tahun berikutan diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri membabitkan 30 penghuni keseluruhan di Jabatan Penjara Sabah,” katanya semasa sidang media selepas program terbabit di Jabatan Penjara Pusat Kota Kinabalu, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, Kesumawati Ilas dan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Teyun Thian Eim.Menurutnya, OBB yang dibebaskan kali ini berpeluang meraikan Aidiladha bersama keluarga seterusnya menjadi satu medium untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli keluarga yang lama terputus sepanjang menjalani hukuman di penjara.

“OBB yang dibebaskan mempunyai satu kelebihan dan keistimewaan berikutan tidak semua banduan berpeluang menikmati pembebasan terutama semasa musim perayaan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba.

“Mereka yang terpilih adalah insan yang berjaya dan layak diberi peluang untuk bersama keluarga meraikan hari gembira ini bersama-sama.

“Gunakanlah peluang ini sebaiknya, tinggalkan dan perbaiki kesilapan lalu supaya menjadi seorang warganegara yang produktif dan berjaya di luar sana,” katanya.

Beliau juga menghargai kerjasama yang diberikan oleh majikan serta pembabitan ahli keluarga serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sentiasa menyokong pelaksanaan program ini.

“Kita juga mengalu-alukan lebih ramai majikan atau pihak berkaitan menyokong program ini bagi memastikan program pemulihan dalam komuniti ini berjaya melahirkan penghuni berdaya saing sekembalinya ke pangkuan masyarakat sama ada sebagai suami, isteri atau anak,” katanya.

SUMBER : HARIAN METRO

 

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut