SISTEM PENGREKRUTAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL

Malaysia telah mengamalkan mekanisme agensi pengrekrutan sebagai mekanisme utama kemasukan pekerja asing. Pada tahun 2012, Malaysia telah memulakan mekanisme G2G secara projek “pilot” dengan kemasukan pekerja ladang warga Bangladesh ke Malaysia.

Seterusnya pada tahun 2017, pelaksanaan mekanisme G2G diperluaskan untuk kemasukan semua pekerja warga Bangladesh di semua sektor di Malaysia melalui mekanisme Sistem Kemasukan Pekerja Asing (SPPA) atau G2G Plus. Perubahan sistem pengurusan kemasukan pekerja asing warga Bangladesh dari mekanisme agensi pengrekrutan kepada mekanisme G2G telah memberi tanggapan bahawa mekanisme G2G merupakan solusi pengurusan kemasukan pekerja asing. Ini adalah kerana selepas 5 tahun pelaksanaan mekanisme G2G secara “pilot”, kerajaan telah memperluaskan pelaksanaannya kepada kemasukan warga Bangladesh kepada semua sektor.

Walau bagaimanapun, mekanisme G2G Plus dilaporkan sebagai menggunakan kembali mekanisma khidmat agensi pengrekrutan. Perkara ini telah disahkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK), KSM yang melaporkan bahawa kerajaan Bangladesh yang telah menggunakan khidmat agensi pengrekrutan bagi mencari calon-calon yang sesuai untuk bekerja di Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut