PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA KOMUNITI TELUK BAHANG

Program CBSM ini adalah anjuran bersama MKN Negeri Pulau Pinang dan APM Negeri Pulau Pinang. Ia turut dibantu oleh komuniti diperingkat daerah yang melibatkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) iaitu MPKK Teluk Bahang dan MPKK Teluk Awak.

 

Seramai 60 orang peserta yang terdiri dari penduduk tempatan  melibatkan pelbagai latarbelakang ekonomi telah menyertai program CBSM ini.  Program ini meliputi beberapa aspek seperti :-

  • Taklimat Pertahanan Awam
  • Prinsip pertolongan cemas
  • Luka dan kepatahan
  • CPR Dewasa, Kanak-kanak dan bayi
  • “Chocking”

YM Raja Dato’ Nushirwan Zainal Abidin, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara yang dalam rangka lawatan kerja ke Pulau Pinang turut hadir dan menyaksikan demonstrasi yang dilakukan oleh anggota APM.  Beliau turut mengadakan sesi ramah mesra bersama wakil-wakil penduduk.

Diakhir sesi program,  rata-rata peserta mengharapkan agar diadakan kursus lanjutan bagi mendapatkan lebih input mengenai pertolongan cemas yang melibatkan insiden dilaut dan ancaman binatang berbisa.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut