KELANTAN PENGELUAR UTAMA DAGING NEGARA

 

BACHOK– Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob memaklumkan penternak lembu pedaging di Kelantan lebih terkehadapan dalam bidang ternakan dan mereka perlu dibantu melalui pelbagai agensi bagi terus mempelopori pengeluaran utama daging negara.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.89 juta menerusi projek penternakan lembu pedaging hibrid Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) bagi kemasukan lembu pedaging di kawasan seluas 40 hektar di Ladang Rong Chenok, Ogos nanti.
Jumlah pengeluaran daging sekarang ialah 5,518.2 tan dengan 22 ladang pengeluar diiktiraf Jabatan Veterinar sebagai pengeluar daging hibrid NAIMbif.
Kelantan kini mempunyai 24,291 ekor lembu pedaging (hibrid) berkualiti yang diternak 5,500 orang iaitu 94.7 peratus daripada 5,807 penternak di seluruh Malaysia.
Sekali gus, menjadikan Kelantan menguasai penternakan lembu hibrid tersebut mewakili 94.4 peratus daripada keseluruhan 25,711 lembu hibrid di Malaysia dengan nilai keseluruhan mencecah RM193 juta.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut