KD HANG TUAH DIPAMER DI MELAKA SEMPENA TMM2024

Taboh Naning – Kapal muzium milik Tentera Diraja Laut Malaysia (TLDM), Kapal Diraja (KD) Hang Tuah bakal ditempatkan di Melaka sebagai tarikan baharu pelancongan pada Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai pelancong hadir pada TMM2024.

Katanya, perbincangan bersama TLDM mengenai perkara itu sudah berada di peringkat akhir dan dijangka dimuktamadkan tidak lama lagi.

“KD Hang Tuah akan diletakkan di dalam Melaka sebagai tarikan baharu pelancongan.

“Kita sedang melihat sama ada (ia ditempatkan) di kawasan Klebang ataupun di kawasan Dataran Pahlawan dan ia hampir dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan butik Coach Airways di A Famosa Freeport Outlet (FAO), di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam, Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET, Datuk Khaidirah Abu Zahar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin.

Turut sama, Ketua Pengarah Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar, Pengarah Urusan FAO, Datuk Julian Lau serta tetamu lain.

Untuk rekod, sepanjang perkhidmatan KD Hang Tuah dalam TLDM, ia merekodkan pelayaran sejauh lebih 500,000 kilometer (km) bersamaan 12.5 kali mengelilingi dunia. 

Sumber  : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut