HPPNK 2023: LEBIH 150 RIBU PENGUNJUNG, BEROLEH RM400 RIBU HASIL JUALAN

 

BACHOK – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan (HPPNK) 2023 mencapai sasaran kehadiran lebih 150 ribu pengunjung yang hadir silih berganti dan memperolehi RM400 ribu hasil jualan.
Sehingga semalam, hasil kutipan jualan para usahawan dan pempamer industri asas tani di HPPNK 2023 hampir mencecah RM400 ribu dan kita mengharapkan jumlah tersebut terus meningkat sehingga ke hari ini.
HPPNK kali ini juga telah berjaya menghimpunkan lebih 300 usahawan tani dan lebih 400 nelayan di seluruh Kelantan dengan disertai 40 hingga 50 bot nelayan.
Sementara itu, Siti Nur Adawiyah Tazu Azha, 32, dari Kampung Panjang Bachok telah memenangi hadiah utama cabutan bertuah berupa seekor lembu yang bernilai lebih RM4,000.

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut