PROGRAM KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KOMUNITI TERAS MASYARAKAT MADANI – GOTONG ROYONG MENGECAT SURAU

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan (MKN NS) dengan kerjasama Kariah Surau Al-Amin, Taman Angkasa Kuala Pilah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia, Negeri Sembilan (RELA) telah mengadakan Program Kesejahteraan dan Keselamatan Komuniti Teras Masyarakat Madani menerusi aktiviti gotong-royong mengecat Surau Al- Amin pada 12 Jun 2023 yang lalu.

Seramai 80 orang peserta terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini diadakan bertujuan untuk  memupuk sikap bantu-membantu dan semangat perpaduan di kalangan penduduk setempat selain membantu meringankan kos baik pulih surau. Program ini juga dilihat dapat merapatkan jalinan antara kariah dan kerajaan dengan mengambil tahu masalah-masalah penduduk setempat sebagai tanda keperihatinan kerajaan kepada rakyat.

Program hari tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pengerusi Surau mengenai pecahan tugas dan kawasan kerja dan seterusnya kerja mengecat dijalankan hingga selesai. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh wakil Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Sembilan dan Pengerusi Surau serta penyampaian sumbangan kepada Surau Al-Amin.

Program ini juga dilihat telah memberi keceriaan kepada penduduk-penduduk dalam kariah surau tersebut kerana surau mereka yang sebelum ini dalam keadaan yang daif serta cat yang usang, kini berwajah baru menjelang Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut