PROGRAM BUAL BICARA SIBER: CABARAN KESELAMATAN

Program Bual Bicara Siber: Cabaran Keselamatan merupakan program kolaborasi strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang bersama Pusat Pengurusan Bencana USM (NERVE Centre USM). Program telah berlangsung pada 07 Jun 2023 (Rabu) di Dewan Pembangunan Siswa I, Kompleks Cahaya, USM.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah NERVE Centre USM, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian dan Pemangku Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Puan Shariffah Rashidah binti Syed Othman .
Sesi perkongsian ilmu program ini telah disampaikan oleh Ts. Saiyed Mohd Akhbarino bin Saiyed Mohd Akhir, Penolong Pengarah (NACSA) dan Superitendant Zulkeflee bin Sulaiman, Timb Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (Jenayah Korporat/ Kewangan), IPK Pulau Pinang.
Ts. Saiyed Mohd Akhbarino telah menyampaikan taklimat bertajuk “Strategi Pengurusan Keselamatan Siber Negara”, manakala, Supt. Zulkeflee telah menyampaikan taklimat bertajuk “Trend Terkini Jenayah Komersil Negeri Pulau Pinang”.
Program ini telah dihadiri oleh penjawat awam Negeri Pulau Pinang dan warga Universiti Sains Malaysia. Terima kasih kepada semua yang telah hadir bagi menjayakan program ini.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut