𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛𝗕𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗛𝗜𝗕𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯

ISKANDAR PUTERI, 30 Mei 2023 – Sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor untuk memastikan pengurusan lesen hiburan dibuat mengikut tatacara dan permohonan yang ditetapkan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, adalah menjadi tanggungjawab pihak berwajib untuk mewujudkan mekanisme pengawalan pemohonan Lesen Hiburan dan melaksanakan tindakan intervention dan troubleshooting ke atas isu yang timbul berkaitan Lesen Hiburan di Negeri Johor. Bagi tujuan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Lesen Hiburan Negeri Johor Tahun 2023 pada 30 hingga 31 Mei 2023 bertempat di Hotel Amansari Nusajaya, Iskandar Puteri, Johor. Program ini turut disertai oleh semua pegawai dari Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Bahagian Kerajaan Tempatan Tempatan, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor.
Antara objektif bengkel ini adalah untuk mewujudkan suatu platform perbincangan secara komprehensif bersama semua jabatan dan agensi dari Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan lesen hiburan di negeri Johor. Bengkel ini bertujuan untuk menambah baik garis panduan sedia ada, penguatkuasaan enakmen dan membincangkan isu-isu berkaitan lesen hiburan supaya ianya seiring dengan peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa dan kepesatan pembangunan di negeri Johor. Majlis perasmian penutup bengkel telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd. Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan).
May be an image of 8 people, table and dais
May be an image of 6 people, lighting and table
May be an image of 4 people, people studying and table
May be an image of 8 people, people studying and table
May be an image of 11 people, dais and text

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut