DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar dan Operasi)
Sebagai tanda hubungan akrab yang sedia terjalin antara MKN Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Haji Jalil Husni bin Yahaya, Pengarah Keselamatan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Puan Zarina binti Zainuddin, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang pada 25 Mei 2023 (Khamis) yang lepas. Kunjungan hormat yang diadakan ini adalah selaras dengan Nilai Teras Keselamatan Negara ke-4, Tadbir Urus Yang Baik, yang terkandung di dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025. Antara intipati perbincangan turut merangkumi isu-isu berkaitan sekuriti dan keterjaminan bekalan makanan khususnya sumber laut.

