PROJEK LINEAR GARDEN BAKAL MENJADI TARIKAN TERBARU PENGUNJUNG KE DESTINASI PELANCONGAN IKONIK PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7 : Pembangunan Mampan

Susulan kejayaan Projek Pengukuhan dan Penambahbaikan Tembok Laut Padang Kota Lama yang telah dibuka kepada orang awam pada Mei 2022, destinasi pelancongan ikonik tersebut bakal diserikan lagi dengan Projek Linear Garden.
Projek Linear Garden yang dijadualkan akan siap pada penghujung tahun 2023 merupakan salah satu projek utama dalam Pelan Induk North Seafront dan George Town Strategic Master Plan yang dilaksanakan bersama dengan George Town Conservation and Development Corporation (GTCDC) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Sebanyak 60 batang pokok baka tempatan akan ditanam dan sekaligus menjadikannya sebagai kawasan riadah hijau di samping menaiktaraf tugu Cenotaph sebagai tanda penghargaan sejarah dan pengorbanan wira-wira yang gugur di medan perang.
Sumber:

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut