DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : Keselamatan Rakyat
Advokasi OP Didik adalah satu kempen bagi memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang asas jalanraya oleh orang ramai di sekitar Georgetown oleh PDRM IPD Timur Laut.

Pelaksanaan ini yang bermula Januari sehingga Jun melibatkan kumpulan bersasar iaitu golongan masyarakat dalam memberikan advokasi melalui penerangan dari segi implikasi keselamatan dan pematuhan undang-undang asas jalanraya. Melalui advokasi yang telah dilaksanakan ini dan langkah-langkah keselamatan yang telah diberikan dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya membabitkan penunggang motosikal khususnya di Georgetown dapat dikurangkan serta dapat mendidik pengguna jalan raya mengamalkan sikap pemanduan berhemah, patuh pada peraturan dan undang-undang.
Ini merupakan salah satu diantara lima fasa tindakan penguatkuasaan trafik secara menyeluruh. PDRM telah mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih serius dan memastikan bahawa keadaan menjadi lebih selamat.
Kempen ini merupakan salah satu inisiatif untuk memupuk kesedaran di kalangan pengguna jalan raya mengenai kepentingan menitik beratkan aspek keselamatan semasa berada di atas jalan raya.
Tindakan saman atas kesalahan jalanraya juga diambil keatas penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melakukan kesalahan jalanraya.