FAHAMI APA ITU JENAYAH E-DAGANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber)

Terdapat beberapa cara yang digunakan dalam penipuan e-dagang ini yang memperdaya mangsa sama ada mangsa tersebut adalah pembeli atau mangsa adalah sebagai penjual.

Sekiranya mangsa adalah pembeli, kebiasaannya mereka akan terjerat apabila saspek menawarkan harga jauh lebih rendah dari pasaran seperti pembelian iphone dengan potongan 80 % atau sewa rumah dengan harga yang murah. Kebanyakan tawaran ini adalah melalui iklan di media sosial. Sikap tamak yang menguasai diri atau keadaan keperluan terdesak menyebabkan mangsa tidak berfikir lebih mendalam sehingga tidak sedar bahawa mereka sedang diperdaya. Mangsa akan diminta membuat bayaran segera ke akaun bank yang diberikan oleh saspek. Mangsa hanya menyedari ditipu apabila tidak menerima barang yang dibeli atau gagal menghubungi saspek.

Sekiranya mangsa sebagai penjual pula, saspek akan menghubungi mangsa dan menyatakan minat untuk membeli barang jualan mangsa. Namun kemudiannya saspek kononnya telah tersalah memasukkan amaun dan meminta mangsa memulangkan semula baki wang dengan menunjukkan resit palsu. Malahan saspek begitu berani mengugut mangsa untuk membuat laporan polis jika mangsa enggan memulangkan baki wang.

Adalah dinasihatkan kepada pembeli atau penjual agar berhati-hati dalam urusan jual beli di talian media sosial. Sepatutnya persoalan KENAPA? Sentiasa dibangkitkan jika terdapat tawaran murah atau ‘too good to be true’. Lebih selamat jika sebagai pembeli untuk membeli dari laman web yang dipercayai dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Selain itu, mereka juga boleh menyemak ulasan dan maklum balas dari pembeli lain. Semak akaun bank atau nombor telefon di laman pihak berkuasa sebelum membuat sebarang transaksi. Contohnya SEMAKMULE yang dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan elakkan berurusan di luar platfom atau ‘PM’ tepi.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut