DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4 : (Tadbir Urus Yang Baik)
Di Malaysia, Hari Guru disambut setiap tahun pada 16 Mei. Hari Guru diraikan sebagai menghargai sumbangan para pendidik terhadap perkembangan sistem pendidikan negara.
Guru merupakan individu yang diberi kepercayaan untuk mengajar dan mendidik kanak-kanak bukan hanya akademik dan pendidikan secara formal. Mereka juga berperanan membantu ibu bapa memberikan teladan yang baik bagi mencorak kanak-kanak ini menjadi manusia yang beradab dan berbudi bahasa serta memiliki nilai-nilai murni didalam dirinya.
Kualiti pendidikan Malaysia, berada di tangga kedua selepas Singapura (1), Indonesia (3), Thailand (4), dan Vietnam (5), bagi lima kedudukan terbaik di Asia Tenggara. Ini meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai daya saing yang kompetatif dan progresif.
Guru yang berdedikasi dan berkualiti akan melahirkan murid-murid yang merupakan generasi masa hadapan yang memiliki kualiti diri yang tinggi. Kejayaan bagi seorang murid tidak hanya diukur melalui kecemerlangan didalam peperiksaan, sebaliknya murid itu lebih berjaya jika menjadi individu yang memiliki keperibadian mulia dan menyumbang kepada kemajuan dan keharmonian institusi keluarga, komuniti dan negara.
Selamat Hari Guru 2023.