TAKLIMAT JENAYAH SIBER DAN SCAMMER DALAM KALANGAN GEN Z

Pada 12 April 2023, Program Taklimat Jenayah Siber dan Scammer Dikalangan Generasi Z telah diadakan bertempat di Auditorium, Kolej Komuniti Bayan Baru, Pulau Pinang.

Taklimat ini bertujuan memberi kesedaran kepada generasi Z (1995-2010) akan kepentingan menggunakan kemudahan aplikasi internet dan media sosial dengan sebaiknya. Aspek ini penting untuk mengelak dari terjerumus didalam perangkap jenayah siber.

Selain itu, objektif taklimat ini ialah untuk mendidik generasi muda  mendisiplinkan diri dan menjadi  pengguna media sosial yang bertanggungjawab dan bijak  serta mengelak dari penyalahgunaan media sosial seperti penyebaran berita palsu.  Perkongsian taklimat ini sebagai pendidikan awal kepada golongan remaja agar tidak terjerumus dan menjadi mangsa sindiket “scammer”.  Setiap lapisan masyarakat jika tidak berwaspada akan berpotensi menjadi mangsa jika terpedaya dengan modus operandi dan manupulasi  “scammer”.

Peserta-peserta  jelas teruja dan pelbagai soalan diajukan ketika sesi soal jawab bersamama penceramah. Golongan remaja harus diasuh agar menjadi generasi yang menitikberatkan soal jenayah siber dan scammer serta bersama-sama membantu kerajaan membanteras sindiket ini.

Sesi taklimat ini dibuat berpandukan kepada  Dasar Keselamatan Negara (DKN 2021-2025) di bawah Nilai Teras Keselamatan Negara 8 (Keselamatan Rakyat – Jenayah Siber)

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut