JKDM TERENGGANU BERJAYA RAMPAS ROKOK SELUDUP BERNILAI HAMPIR RM4 JUTA

Rampasan sebanyak 4.7 juta batang rokok seludup pelbagai jenama berjaya dilaksanakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu. Nilai rampasan dianggarkan bernilai hampir RM4 juta termasuk cukai dalam serbuan di Kampung Pengkalan Gelap, Kuala Setiu. Operasi ini telah dilaksanakan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM hasil maklumat awam kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Selain merampas 4.7 juta batang rokok bernilai RM564,000, JKDM Terengganu turut menyita dua buah lori dan sebuah bot fiber serta dua buah enjin bernilai RM260,000 dengan rampasan keseluruhan termasuk bernilai RM3.982 juta.

Sementara itu, hasil risikan yang dijalankan pihak JKDM Terengganu selama empat hari membawa kepada aktiviti penyeludupan di lokasi berkenaan.  JKDM Terengganu membuat serbuan di lokasi berkenaan dan berjaya merampas rokok tidak berkastam dan kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk mengangkut rokok seludup. Namun, suspek berjaya melarikan diri ke kawasan belukar nipah berpaya menghala ke sungai dengan meninggalkan semua kenderaan yang digunakan untuk mengangkut barang berkenaan.

Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama.

Bersama Banteras Penyeludupan.

sumber : FB JKDM Terengganu

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut