KES MALARIA MENINGKAT 75 PERATUS DI TERENGGANU

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) meminta orang ramai supaya berwaspada dengan kes demam malaria di negeri ini yang dilaporkan meningkat sebanyak 75 peratus. Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, sebanyak 21 kes malaria telah direkodkan di Terengganu sepanjang Januari hingga 6 Mei berbanding 12 kes dalam tempoh sama pada tahun lepas. Daripada 21 kes dilaporkan, 20 kes merupakan malaria zoonotik manakala satu kes malaria import dari jangkitan manusia.

Hulu Terengganu merekodkan jumlah kes paling banyak iaitu sembilan kes diikuti Kemaman dan Dungun masing-masing empat kes, Setiu (2) dan Besut serta Marang satu kes. Setakat ini, tiada wabak atau kematian akibat malaria dilaporkan sama pada seperti tempoh sama tahun lalu.

Orang ramai dinasihatkanΒ  supaya lebih peka dan mengambil langkah pencegahan awal terutama ketika memasuki kawasan hutan. Antaranya ialah dengan memakai pakaian lengan panjang semasa menjalankan aktiviti berisiko seperti menoreh getah, berburu, mencari hasil hutan, memancing dan jungle trekking.

JKNT juga menasihatkan orang ramai mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala seperti demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan supaya rawatan awal dapat diberikan.

Sumber : Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut