TERLALU INDAH UNTUK DIPERCAYAI: AWAS SMS PENIPUAN KERJA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber) 

 Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja lumayan yang diterima melalui SMS. Tular kini scam tawaran kerja separuh masa dengan gaji yang lumayan.  

 Langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada tertipu: 

  • Semak nama syarikat melalui media sosial, jawatan dan deskripsi tugas yang diberikan.  
  • Ambil langkah proaktif untuk menghubungi syarikat tersebut bagi memastikan kesahihan tawaran kerja tersebut. 
  • Waspada dengan mesej yang diterima daripada nombor yang tidak dikenali.  
  • Waspada dengan mesej tawaran kerja yang memberikan pulangan lumayan melalui tugasan mudah. Bak kata orang tua-tua yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.  
  • Elakkan daripada respon atau klik pada pautan (link) yang diberikan bagi mengelakkan kebocoran maklumat. 
  • Anda perlu membuat bayaran pendahuluan sebelum memulakan kerja. 

Bagi mengelakkan lebih ramai mangsa scam, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM atau Commercial Crime Investigation Department (CCID) telah membangunkan sistem dan aplikasi yang membolehkan orang ramai menyemak mana-mana akaun bank dan nombor telefon yang diragui. 

Melalui semakmule.rmp.gov.my atau menggunakan aplikasi Check Scammers CCID, jika individu tersebut mempunyai rekod jenayah, maklumat mengenai nombor akaun bank dan nombor telefon itu akan terpapar. 

Sekiranya anda masih terjebak atau terlanjur berkongsi maklumat anda dengan scammer, segera laporkan kepada pihak PDRM atau laporkan juga kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan 03-2610 1559/ 1599. 

Majukan kepada bank yang berkenaan salinan laporan polis dan maklumat akaun yang terbabit.  

KEKAL WASPADA, ELAK DIRI DARI JADI MANGSA SCAM! 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut