ISKANDAR PUTERI, 9 April 2023 – MKN Johor telah mengadakan sesi tinjauan keselamatan bagi memantau pelaksanaan dan operasi di pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri.
Turut disampaikan Taklimat Operasi oleh Puan Siti Hajar binti Mohamad, Ketua Imigresen CIQ KSAB. Delegasi MKNJ turut dibawa ke lapangan untuk memantau pelaksanaan sistem eGate dan MBike yang beroperasi di CIQ KSAB. Selesai sesi tinjauan di lapangan, MKN Johor telah mengedarkan pek berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan CIQ KSAB yang terdiri daripada JIM, Kastam, PDRM, MAQIS, RELA dan JPJ.
Selain dapat berkongsi maklumat dan pengalaman serta mengeratkan ukhuwah silaturrahim, program ini juga merupakan salah satu penghargaan dan kerjasama strategik di antara MKN Johor dan pasukan keselamatan yang terlibat secara langsung dalam mengawal ketenteraman awam dan keselamatan di Negeri Johor.