PAWANA RAMADAN: IBADAT HAJI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2: KESTABILAN SOSIO POLITIK

(Perlembagaan Persekutuan Malaysia)

PAWANA RAMADAN: IBADAT HAJI

Perkataan Haji dari sudut bahasa Arab, membawa maksud datang atau menuju ke suatu tempat. Dari sudut istilah pula ialah menuju ke tempat-tempat yang khusus (iaitu Baitullah Al Haram dan padang Arafah) pada waktu yang dikhususkan bagi melaksanakan amalan-amalan khusus seperti wuquf di padang Arafah, tawaf, sai’e dengan pematuhan terhadap syarat-syarat yang tertentu. Hukum menunaikan haji ialah wajib ke atas setiap orang Islam sekali seumur hidup apabila telah cukup syarat wajibnya. Firman Allah S.W.T. dalam surah Ali Imran: 96-97, yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk”.

Cara mengerjakan ibadat haji boleh dikategorikan kepada tiga kaedah seperti berikut:

  1. Haji Ifrad: Mengerjakan ibadat haji dalam bulan haji kemudian mengerjakan umrah.
  2. Haji Tamattu’: Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji dalam tahun yang sama.
  3. Haji Qiran: Terdapat dua kaedah ibadat Haji Qiran iaitu pertama, berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji, kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib haji. Umrah pula dikira selesai sebaik saja selesai menunaikan haji. Kedua, berniat mengerjakan umrah sahaja, tetapi sebelum tawaf ia berniat mengerjakan haji kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib haji.

Rukun haji terdiri daripada enam perkara, iaitu:

  1. Niat ihram mengerjakan haji;
  2. Wuquf di Arafah;
  3. Tawaf di Kaabah;
  4. Sa’ie di antara Bukit Safa dan Marwah;
  5. Bergunting atau bercukur rambut; dan
  6. Tertib pada kebanyakan rukunnya.

Ibadat haji bukan sahaja mempunyai rukun-rukunnya, bahkan juga mempunyai wajib-wajibnya yang mesti dilaksanakan. Sekiranya wajib haji ditinggalkan, ibadat haji tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Mengikut Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, wajib haji terdapat enam perkara, iaitu:

  1. Niat ihram di Miqat;
  2. Bermalam di Muzdalifah;
  3. Melontar Jumrah Aqabah;
  4. Bermalam di Mina;
  5. Melontar ketiga-tiga Jumrah pada hari tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah; dan
  6. Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram. Larangan semasa dalam ihram itu adalah seperti berikut:
    • Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah pokok atau payung
    • Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju, sarung kaki dan semua jenis pakaian berjahit yang dijadikan sebagai sarung
    • Menutup muka dan tapak tangan wanita
    • Memakai sarung tangan
    • Memakai bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung
    • Memakai minyak rambut di kepala atau janggut
    • Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan
    • Mengerat atau memotong kuku kaki atau tangan, walaupun sebahagian sahaja daripadanya
    • Mengerat dan menebang atau mencabut segala tumbuh-tumbuhan yang hidup sama ada tumbuhan itu pokok kayu ataupun rumput, milik orang ataupun bukan
    • Memburu binatang yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada dengan cara membunuh, memukul, menjerat atau menangkap atau dengan apa cara yang menyakiti binatang-binatang itu, malah memeranjatkan atau mengejutkan binatang itu pun haram hukumnya
    • Bersetubuh atau jimak
    • Melakukan perkara-perkara ‘pengenalan’ untuk bersetubuh seperti bercium-ciuman, berkucup-kucupan yang menaikkan nafsu syahwat
    • Akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut