NEGERI SEMBILAN TERUSKAN TRADISI PROGRAM MANTAI PERDANA

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan tradisi mantai di negeri ini menerusi Program Mantai Perdana yang akan berlangsung pada 20 April ini membabitkan 22 lokasi.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun, program ini akan dipengerusikan oleh Exco Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir yang akan menyelaraskan perjalanan program bagi memudahkan urusan jualan dan pembelian daging.

Menerusi  mesyuarat mingguan exco telah dimaklumkan harga jualan daging yang dicadangkan oleh kerajaan Negeri Sembilan adalah sebanyak RM37 sekilogram.

Berapa kilogram daging yang bakal dijual nanti masih belum dimuktamadkan dan konsep jualannya sama seperti tahun lalu yang mana pembeli boleh membuat pesanan dalam talian menerusi aplikasi Agrobazar Online bagi menempah daging kemudian mengambil pesanan itu di lokasi berkenaan.  Bagaimanapun bagi pembelian secara fizikal ataupun terus, pihaknya masih belum memutuskan lokasi tetapi ia akan diadakan di kawasan tumpuan orang ramai.

Sumber : Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …