Payang Water Taxi River Cruise (PWTRC) kini mempunyai satu lagi tarikan terbaharu iaitu berbuka puasa dengan Nasi Tenong di atas bot sambil menyusuri Sungai Terengganu.
Menurut Pengerusi Cas Ligas Sdn Bhd, Zakaria Dagang, pihaknya memperkenalkan inisiatif ini bagi membolehkan pengunjung menikmati keunikan ataupun mengimbas kenangan berbuka puasa menggunakan bekas tenong yang pernah popular pada suatu masa dahulu.
Harga hidangan nasi tenong ini bermula serendah RM35/seorang. Harga jualan ini sudah termasuk pakej menyusuri sungai Kuala Terengganu bersama bot Payang Water Taxi. Pakej nasi tenong ini terbahagi kepada beberapa jenis lauk pauk tradisional Terengganu sebagai juadah berbuka puasa seperti ikan baung masak tempoyak beserta ulam-ulaman dan buah-buahan.
Selain itu, pengunjung juga boleh memilih juadah lain seperti nasi berlauk sayur lemak dan terdapat juga hidangan istimewa iaitu Nasi Arab dan pengunjung juga boleh membawa juadah sendiri untuk pakej berbuka puasa bersama bot Payang Water Taxi.
Sumber : TRDI