SERI NEGERI 31 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13, pada jam 3.33 petang ini.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Utama.
Turut hadir menyaksikan acara angkat sumpah itu mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri Datin Seri Utama Munira M.Yusop; barisan Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan.
SUMBER: MELAKA HARI INI