Mesyuarat Pra-Pertemuan Tim Teknik dan Sidang Ke-19 Peringkat Jawatankuasa Kerja Sosio-Ekonomi Malaysia-Indonesia (JKK SOSEK MALINDO) Negeri Johor 2023

Mesyuarat Pra-Pertemuan Tim Teknik dan Sidang Ke-19 Peringkat Jawatankuasa Kerja Sosio-Ekonomi Malaysia-Indonesia (JKK SOSEK MALINDO) Negeri Johor tahun 2023 telah diadakan di Bilik Gerakan, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar Johor pada 28 Mac 2023  bagi membincangkan cadangan perkara dan usul baharu yang akan dibawa ke Pertemuan Tim Teknik dan Sidang Ke-19 JKK/KK SOSEK MALINDO Peringkat Negeri Melaka/Johor-Tingkat Provinsi Riau/Kepulauan Riau yang akan diadakan di Melaka selaku tuan rumah bagi tahun 2023.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan) merangkap Pengerusi JKK SOSEK MALINDO Negeri Johor dan turut dihadiri oleh YBrs Tuan Junaid Izuddin bin Abd Aziz, Pemangku Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor selaku Ketua Sekretariat, YBrs Dr Haji Amirul Haffiz bin Ariff (Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor) merangkap Ketua Bidang Ekonomi, Perdagangan dan Perhubungan, PDRM Negeri Johor (Ketua Bidang Keselamatan dan Pengurusan Sempadan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (Ketua Bidang Sosial dan Budaya), ketua-ketua jabatan ahli dan ahli turut hadir lain yang terlibat.
Semoga perbincangan ini akan menjadi platform bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara keempat-empat negeri/provinsi antara Negeri Johor/Melaka, Malaysia dan Provinsi Riau/Kepulauan Riau, Indonesi serta memberi manfaat dalam pembangunan sosio-ekonomi dan keselamatan di Negeri Johor.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut