PERMIT MERCUN KUAT KUASA HARI INI, MOHON DI IPD

AYER KEROH – Semua penjual mercun serta bunga api perlu membuat permohonan permit kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di kawasan masing-masing bermula hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pengeluaran permit perlu diperolehi sebelum perayaan jadi penjual perlu membuat permohonan dengan kadar segera bagi mengelakkan tindakan diambil.

“Kita mendapat maklumat permit menjual mercun ini akan dikeluarkan 25 hari sebelum perayaan dan lima hari selepas perayaan,

“Saya minta sesiapa yang mahu menjual mercun, buatlah permohonan di IPD masing-masing, setakat ini kita masih belum menerima permohonan kerana permohonan permit baharu berkuatkuasa hari ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan sebanyak 45 jenis bunga api dan mercun untuk diimport, disimpan dan dijual hanya ketika musim perayaan.

Itu antara enam garis panduan yang ditetapkan KDN dengan pemantauan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan aspek keselamatan dan penguatkuasaan.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut