DEDAH AMALAN HIJAU KEPADA PENJAWAT AWAM, PEMAIN INDUSTRI

BANDARAYA MELAKA 28 Mac – Seramai 35 peserta membabitkan agensi Kerajaan Negeri termasuk beberapa negeri lain terlibat dalam Kursus Amalan Hijau dan Lawatan ke Bandar Hijau yang diadakan baru baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Ismail Hasim berkata, menerusi program itu, peserta telah didedahkan pelbagai program dan aktiviti amalan hijau.

Jelasnya ia termasuklah topik khas seperti Pengenalan Kepada Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim, Pengurusan Sisa dan Penjimatan Air serta Penjimatan Elektrik dan Perolehan Hijau.

Menurutnya, program tersebut disertai penjawat awam dari agensi Kerajaan Negeri dan jabatan Kerajaan luar Negeri Melaka, selain turut membabitkan pemain industri tempatan.

“Kesemua topik telah dikupas oleh penceramah jemputan yang pakar dalam bidang Pengurusan Persekitaran selain ceramah juga disampaikan oleh seorang pensyarah yang juga Juruaudit Industri Hijau dan Juruaudit Tenaga.

“Para peserta tidak melepaskan peluang mendapat kepakaran daripada para penceramah terlibat apabila mereka sendiri berkongsi konsep amalan hijau yang boleh diterapkan dalam persekitaran kerja khususnya pada diri mereka sendiri.

“Secara tidak langsung kursus diadakan ini membuka mata dan minda mereka ke arah membudayakan amalan hijau agar dunia ini terjaga kepada generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain kursus, Ismail berkata, kesemua peserta turut diberi peluang melawat beberapa lokasi projek hijau di negeri ini, antaranya menaiki Bas Singgah-Singgah Negeri Melaka dan melawat Ladang Solar Kencana.

“PTHM selaku Sekretariat Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka amat cakna dengan peningkatan kadar pelepasan gas rumah hijau (GHG).

“Justeru, pendekatan secara holistik dengan menganjurkan kursus-kursus hijau seperti ini mampu memupuk semangat dan meningkatkan daya fikiran untuk melestarikan Melaka ke arah negeri mampan.

“Kursus seperti ini akan lebih giat dianjurkan dan menyasarkan lebih ramai peserta yang berminat dan bersedia membudayakan amalan teknologi hijau demi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …