DUA ATLET LABUAN MENYUMBANG TIGA PINGAT UNTUK SKUAD KARATE KEBANGSAAN

Dua atlet Labuan menyumbang 3 pingat untuk skuad karate kebangsaan pada Kejohanan Karate Asia Tenggara Ke-10/2023, di Stadium Ninoy Aquino, Manila, Filipina.
Dua pingat perak dipungut Muhammad Aiqal Asmadie dalam acara akhir kategori Kata Lelaki Bawah 21 Tahun menentang pesaing dari Vietnam.
Muhammad Aiqal yang merupakan skuad pelapis kebangsaan (Kata) juga terpaksa akur menentang atlet Indonesia menerusi kategori Kata Lelaki Senior.
Manakala satu pingat gangsa pula, dikutip Muhammad Isyraf Faiz Mohd. Ismifarizal bagi kategori Kumite Lelaki Kadet (14 hingga 15 tahun) 70 kilogram keatas.
Jurulatih Karate (Kata) Kebangsaan, En. Mohd. Norfarhan Nordin berkata, kejohanan itu merupakan pra kejohanan sebelum menghadapi temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja, Mei depan.
Kejohanan itu berlangsung 16 hingga 19 Mac lalu melibatkan 350 penyertaan dari seluruh rantau Asia Tenggara.
SUMBER : FACEBOOK BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut