TERENGGANU SASAR TANAM 100 JUTA POKOK

Terengganu menyasarkan menanam 100 juta pokok dalam tempoh 5 tahun bermula dari 2021 hingga 2025. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata usaha itu merupakan salah satu cara untuk menzahirkan sokongan kepada kempen ‘Road to 1 Million Trees 2023’.

Usaha yang mungkin kelihatan kecil pada hari ini akan memberikan impak yang besar pada masa hadapan dan statistik terkini, hampir 59 juta pokok telah pun di tanam di seluruh Malaysia dan diperingkat negeri ini, dalam mencapai misi tersebut pelbagai inisiatif telah dijalankan seperti melalui program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan pelbagai lagi.

Tambahan lagi, program RELife yang telah diadakan pada 17 Mac baru-baru ini adalah bertujuan menekankan kepentingan memelihara dan memulihara ekosistem semulajadi.

Melalui pendekatan-pendekatan yang telah dijalankan ini, dapat meningkatkan kesedaran bahawa menjaga kelestarian alam sekitar bukan hanya terletak pada bahu sesebuah institusi tertentu sahaja tetapi juga masyarakat secara menyeluruh.

 

sumber:TRDI

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut